Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Aksi pemain skuad kebangsaan bawah 23 tahun pada Perlawanan 'The Elite Games' menjelang persiapan Kejohanan Piala ASEAN B-23 2025 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur semalam. Foto Bernama

Tiga kelab Liga Super uji skuad Harimau Muda hadapi Piala ASEAN B-23

ByBernama

KUALA LUMPUR, 25 Jun: Tiga kelab dalam saingan Liga Super bakal menguji keupayaan skuad bawah 23 tahun (B-23) kebangsaan dalam tiga aksi persahabatan sebagai persiapan menghadapi Kejohanan Piala ASEAN B-23 2025 di Jakarta, dari 15 hingga 29 Julai depan.

Ketua jurulatih skuad Harimau Muda Mohd Nafuzi Zain berkata perlawanan itu merupakan sebahagian daripada perancangan awal menjelang pengumuman 30 pemain esok yang akan dipanggil ke kem latihan pusat bermula 1 hingga 12 Julai ini.

“Kita akan kekal menjalani latihan dalam negara sahaja. Aksi persahabatan sedang dalam proses penilaian dan kelab terlibat juga telah saya pilih sendiri,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan ‘Elite Games’ di sin, malam ini.

Projek ‘Elite Games’ merupakan inisiatif Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bagi mencungkil bakat muda untuk memperkukuh skuad Harimau Malaya pada masa akan datang.

Malaysia diundi dalam Kumpulan A bersama tuan rumah, Indonesia, Filipina dan Brunei.

Skuad negara akan membuka kempen menentang Filipina pada 15 Julai, diikuti Brunei (18 Julai), sebelum menutup aksi peringkat kumpulan bertemu Indonesia pada 21 Julai.

Dua pasukan teratas setiap kumpulan akan layak ke separuh akhir yang dijadual berlangsung pada 25 Julai, manakala aksi penentuan tempat ketiga dan final akan diadakan pada 29 Julai.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan