Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Alissa Sofea Alwi, Eva Thania Noel dan Benedine Senipung Egi ketika ditemui media hari ini. Foto TVS

Taklimat Inisiatif Pendidikan Sarawak 2025 dapat sambutan pelajar i-CATS

KUCHING, 25 Jun: Taklimat Inisiatif Pendidikan Kerajaan Negeri Sarawak 2025 anjuran Jabatan Premier Sarawak yang berlangsung di Kolej Universiti i-CATS mendapat sambutan menggalakkan dan reaksi positif daripada pelajar-pelajar institusi berkenaan.

Program ini dianggap sangat bermanfaat khususnya dalam menjaga kebajikan pelajar yang jauh dari keluarga, selain memberikan pendedahan langsung mengenai pelbagai insentif pendidikan yang ditawarkan kerajaan negeri.

Pelajar Fakulti Pelancongan dan Hospitaliti, Alissa Sofea Alwi, menyifatkan taklimat itu memberi maklumat tepat dan membantu pelajar memahami bantuan yang tersedia, termasuk bantuan penginapan RM200 yang ditawarkan kepada mereka yang layak.

Sementara itu, pelajar Fakulti Agroteknologi dan Sains Gunaan, Eva Thania Noel, menyambut baik inisiatif ini dan menyeru agar ia diperluas ke kawasan luar bandar bagi memastikan semua pelajar Sarawak mendapat peluang pendidikan yang adil.

“Saya berharap program ini diteruskan dan diperkasa demi masa depan anak-anak Sarawak yang lebih gemilang,” katanya.

Pelajar Benedine Senipung Egi pula menggesa rakan-rakan pelajar untuk tidak teragak-agak memanfaatkan pelbagai bentuk bantuan seperti yang ditawarkan di bawah program ini.

“Jangan malu atau segan untuk memohon. Kita beruntung kerana kerajaan negeri amat prihatin terhadap kebajikan pelajar,” ujarnya.

Program ini sekali lagi membuktikan komitmen kerajaan negeri dalam memperkasakan sektor pendidikan dan kebajikan pelajar di seluruh Sarawak.-TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan