Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Azam bercakap dalam sidang media di Putrajaya di sini hari ini. Foto TVS

Syed Saddiq dibebaskan: SPRM akan kemukakan rayuan

PUTRAJAYA, 25 Jun: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan membebaskan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, hari ini.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, beliau dimaklumkan oleh Timbalan Pendakwa Raya (DPP) mengenai keputusan berkenaan.

Azam berkata, beliau secara peribadi tidak berasa kecewa dengan perkembangan itu.

“Saya tiada ‘personal’ dengan sesiapa, tiada rasa kecewa atau suka dalam menyiasat apa-apa kes,” katanya pada sidang media di pejabatnya hari ini.

Syed Saddiq pagi tadi dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan daripada sabitan dan hukuman penjara tujuh tahun serta dua sebatan atas kesalahan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram membabitkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA).

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim, yang bersidang bersama-sama Datuk Azman Abdullah dan Datuk Noorin Badaruddin sebulat suara membenarkan rayuan bekas Menteri Belia dan Sukan itu untuk mengetepikan sabitan dan hukuman berkenaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan