Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kementerian Pengangkutan melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia hari ini mengumumkan senarai syarikat pengendali kenderaan barangan dan bas ekspres yang mencatatkan jumlah saman tertinggi atas pelbagai kesalahan di bawah Akta 333, Akta 334 dan Akta 715. Foto, Bernama.

Syarikat kenderaan berat, bas ekspres miliki banyak saman tertunggak didedahkan

PUTRAJAYA, 25 Jun:  Kementerian Pengangkutan (MOT) melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mendedahkan senarai 28 syarikat pengendali kenderaan barangan dan bas ekspres yang mencatat jumlah saman tertunggak tertinggi.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, pendedahan terbuka ini dilakukan sebagai langkah ‘keras’ yang bertujuan memberi mesej jelas kepada semua syarikat terlibat agar tidak memandang ringan aspek pematuhan undang-undang.

Jelas beliau, pelbagai langkah yang diambil tidak akan berkesan sekiranya budaya yang menekankan aspek keselamatan tidak diubah.

“Ada langkah yang perlu kita ambil secara berhemah dan halus, dan ada juga langkah yang perlu diambil secara tegas dan keras (seperti) hari ini, kita mendedahkan nama-nama syarikat yang mempunyai longgokan saman tertunggak,” katanya dalam sidang media di kementeriannya di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah, Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Aedy Fadly Ramli dan Ketua Pengarah Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), Datuk Azlan Shah Al Bakri.

Tambah Anthony, sebanyak 11 syarikat pengendali kenderaan barangan memiliki lebih 1,000 saman tertunggak, manakala 17 syarikat bas ekspres pula mencatat lebih 200 saman tertunggak.

“Syarikat-syarikat yang tersenarai diberi tempoh 14 hari untuk menyelesaikan saman tertunggak di Pejabat JPJ negeri atau cawangan.

“Kegagalan berbuat demikian akan mengakibatkan tindakan penguatkuasaan lanjut termasuk menyenarai hitam (blacklist) kenderaan terlibat secara serta-merta,” tegas Anthony.

Antara syarikat pengendali kenderaan barangan yang mencatat jumlah saman tertinggi kata Anthony termasuklah KDEB Waste Management Sdn Bhd (22,017), Mainiza Mantap Sdn Bhd (5,108), AdvanceCon Machinery (3,620) dan VK Transport (3,016).

“Dalam kategori bas ekspres, Cepat Express Sdn Bhd mencatatkan jumlah tertinggi dengan 540 saman aktif, kebanyakannya melibatkan kesalahan memandu melebihi had laju,” katanya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan