Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sekurang-kurangnya 12 rakyat Palestin terkorban dan beberapa lagi cedera pada Rabu apabila tentera Israel meningkatkan pengeboman ke atas pelbagai kawasan di Semenanjung Gaza, termasuk timur dan barat Bandar Gaza serta bandar Bani Suheila di timur Khan Younis. Foto AFP.

Serangan udara Israel ragut 12 nyawa orang awam di Gaza

ByBernama

GAZA, 25 Jun: Sekurang-kurangnya 12 rakyat Palestin terkorban dan beberapa lagi cedera pada Rabu apabila tentera Israel meningkatkan pengeboman ke atas pelbagai kawasan di Semenanjung Gaza, termasuk timur dan barat Bandar Gaza serta bandar Bani Suheila di timur Khan Younis.

Agensi Berita Qatar (QNA) melaporkan satu keluarga terdiri daripada suami isteri dan lima orang anak mereka terkorban dalam satu serangan udara yang menyasarkan kawasan Al-Shawa di kejiranan Shujaiya, Bandar Gaza. Beberapa individu lain turut cedera dalam serangan yang sama.

Lima lagi orang awam, termasuk seorang kanak-kanak, terkorban dalam serangan berasingan oleh Israel yang menyasarkan sekumpulan orang berhampiran Kolej Latihan di barat Bandar Gaza.

Di selatan Gaza, seorang rakyat Palestin terkorban selepas serangan udara Israel di Bani Suheila, timur Khan Younis.

Sumber perubatan mengesahkan seramai 31 rakyat Palestin, termasuk kanak-kanak terkorban sejak awal pagi Rabu dalam siri serangan udara di seluruh Semenanjung Gaza dengan puluhan lagi cedera.

Jumlah korban di Gaza kini meningkat kepada 56,077 orang dengan 131,848 cedera sejak permulaan pencerobohan Israel pada 7 Okt 2023. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan