Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anggota bomba mengeluarkan mangsa dari kereta yang remuk selepas bertembung dengan lori di Taman Warisan, Lahad Datu, hari ini. Foto JBPM

Seorang maut dalam nahas tiga kenderaan di Lahad Datu

LAHAD DATU, 25 Jun: Seorang wanita berusia 56 tahun disahkan maut manakala seorang lelaki cedera ringan dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Taman Warisan, Jalan Tengah Nipah, hari ini.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.34 petang dan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu digerakkan ke lokasi sejauh tujuh kilometer.

“Setibanya di lokasi, didapati kemalangan melibatkan sebuah Perodua Myvi, Toyota Hilux dan lori 10 tan.

“Seorang penumpang Myvi disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandunya cedera ringan,” kata JBPM Sabah dalam kenyataan.

Mangsa lelaki berusia 69 tahun diberi rawatan awal sebelum dihantar ke hospital menggunakan jentera EMRS Bomba.

Tiga lagi mangsa, dua dari Hilux dan seorang pemandu lori, dilaporkan tidak mengalami kecederaan.

Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 3.20 petang setelah pihak bomba memastikan tiada lagi ancaman bahaya di lokasi kejadian. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan