Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee. Foto Bernama.

Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan di MITEC Jumaat ini

ByBernama

KUALA LUMPUR, 25 Jun: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan menganjurkan Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1447H/2025M di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini, Jumaat ini.

Ketua Pengarah JAKIM Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee berkata Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke majlis bertemakan “Membangun Ummah MADANI” itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, turut dijadual hadir bersama jemaah menteri, timbalan menteri, ketua jabatan dan agensi kerajaan serta perwakilan asing.

“Mesej utama sambutan kali ini adalah mengenai kepentingan mengambil ibrah (pengajaran) daripada peristiwa hijrah dalam usaha membangunkan ummah.

“Pembangunan ummah MADANI menepati elemen keterangkuman dalam membina masyarakat bertamadun, bukan sahaja dari aspek fizikal, tetapi juga melahirkan modal insan yang cemerlang dari segi rohani,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sirajuddin berkata kemuncak majlis ialah Titah Diraja oleh Yang di-Pertuan Agong serta pengurniaan Anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa kepada individu yang memberikan sumbangan besar kepada pembangunan ummah dan penyebaran syiar Islam.

Beliau berkata seramai 8,000 tetamu dijangka menghadiri majlis yang bermula pada 9.30 pagi itu.

Selain itu, majlis bacaan doa akhir dan awal tahun diadakan di Masjid Negara pada 6.30 petang, Khamis ini dengan dipimpin Imam Besar Ehsan Mohd Hosni, dan dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

“Semoga sambutan Maal Hijrah tahun ini membawa sinar baharu kepada umat Islam dalam menghayati semangat kesepaduan ummah sebagaimana diasaskan Rasulullah SAW di Madinah,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan