Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Awang Tengah ketika menghadiri taklimat Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak (M-FICORD) mengenai projek penanaman padi di Sundar dan penternakan kerbau di Meragang. Foto TVS

Projek penternakan kerbau tenusu pacu ekonomi, tarik pelabur – Awang Tengah

LAWAS, 25 Jun: Projek penternakan kerbau tenusu di Stesen Ternakan Kerbau Meragang, Lawas bakal memacu sektor ekonomi setempat dengan penglibatan pelabur dan kerjasama Pertubuhan Peladang Kawasan Negeri Sarawak.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, projek itu turut mendapat sokongan Kerajaan Sarawak menerusi pembangunan infrastruktur asas seperti jalan raya, bekalan elektrik dan air bagi mempercepatkan pelaksanaannya.

Beliau memberi jaminan bahawa keperluan pelabur akan diberi perhatian menerusi peruntukan pembangunan di bawah Agensi Pembangunan Wilayah Utara (NRDA).

“Mereka juga membuat cadangan untuk menjadikan kawasan itu sebagai taman pertanian dan saya gembira melihat cadangan-cadangan ini.

“Kita telah memberitahu kepada mereka tentang keperluan infrastruktur, termasuk jalan dan ia diambil kira dalam peruntukan NRDA serta bekalan elektrik dan air,” katanya ketika ditemui media selepas menghadiri taklimat oleh MF-LORD mengenai projek penanaman padi di Sundar dan penternakan kerbau di Meragang, bertempat di Hotel Seri Malaysia, hari ini.

Awang Tengah berkata, projek itu akan membuka peluang pekerjaan kepada anak tempatan yang turut akan menerima latihan kemahiran melalui kerjasama dengan Centexs Lawas, khususnya dalam pengeluaran susu kerbau untuk keju.

Turut hadir, Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail, Ahli Parlimen Lawas, Dato Henry Sum Agong, ADUN Batu Danau, Dato Paulus Palu Gumbang, Setiausaha Politik kepada Premier, Awangku Jinal Abedin Dato Pengiran Jawa dan Sam Laya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan