Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden Iran Masoud Pezeshkian memuji rakyat Iran kerana terus menunjukkan perpaduan dan ketabahan dalam menghadapi pencerobohan Israel, sambil menyifatkan bahawa rakyat Iran seharusnya berbangga dengan apa yang beliau anggap sebagai kemenangan ke atas rejim Zionis. Foto fail AFP

Presiden Iran puji perpaduan rakyat hadapi pencerobohan Israel

ByBernama

TEHRAN, 25 Jun: Presiden Iran Masoud Pezeshkian memuji rakyat Iran kerana terus menunjukkan perpaduan dan ketabahan dalam menghadapi pencerobohan Israel, sambil menyifatkan bahawa rakyat Iran seharusnya berbangga dengan apa yang beliau anggap sebagai kemenangan ke atas rejim Zionis.

Dalam satu perutusan pada malam Selasa, Pezeshkian menekankan kepentingan mengekalkan kesatuan dan perpaduan yang telah terbina sepanjang konflik itu.

Beliau menyifatkan solidariti yang terjalin dalam kalangan rakyat sebagai aset berharga dan sumber kekuatan negara yang perlu dipelihara, lapor agensi berita Mehr.

Presiden itu turut meramalkan masa depan yang lebih cerah untuk Iran, dengan mengaitkannya dengan kesinambungan perpaduan nasional dan tekad bersama rakyat.

Menurutnya, kerosakan yang dilakukan angkatan bersenjata Iran terhadap musuh adalah jauh lebih besar berbanding kerugian yang dialami oleh negaranya.

Pezeshkian berkata bahawa tindakan provokatif rejim Zionis akhirnya membawa padah dan konfrontasi itu telah membuktikan kekuatan serta maruah bangsa Iran kepada dunia.

“Segala kebanggaan daripada kemenangan ini adalah milik rakyat dan mereka seharusnya berbangga dengannya,” katanya.

Beliau turut mengulangi komitmen Iran terhadap kestabilan serantau dan hidup bersama secara aman dengan negara jiran. Pezeshkian menegaskan bahawa keupayaan pertahanan Iran adalah demi menjamin keselamatan rantau ini, khususnya negara-negara Islam dan jiran terdekat.

Presiden itu turut menyeru negara-negara serantau agar terus berwaspada dan bertindak bijak dalam menangkis sebarang cubaan pihak musuh untuk mencetuskan perpecahan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan