Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) melalui satu kenyataan hari ini berkata eksport perkhidmatan menokok 24.6 peratus kepada RM242.9 bilion daripada RM195.0 bilion pada tahun sebelumnya. Foto hiasan Envato

Perdagangan perkhidmatan Malaysia meningkat 14.6 peratus kepada RM497.4 bilion

ByBernama

KUALA LUMPUR, 25 Jun: Jumlah perdagangan perkhidmatan Malaysia meningkat sebanyak 14.6 peratus kepada RM497.4 bilion tahun lepas berbanding RM434.0 bilion yang dicatatkan pada 2023, menyumbang 25.8 peratus kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) pada harga semasa.

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) melalui satu kenyataan hari ini berkata eksport perkhidmatan menokok 24.6 peratus kepada RM242.9 bilion daripada RM195.0 bilion pada tahun sebelumnya.

Begitu juga, import perkhidmatan naik sebanyak 6.5 peratus kepada RM254.5 bilion berbanding RM239.0 bilion yang disaksikan pada 2023.

“Memandangkan eksport perkhidmatan melonjak lebih cepat daripada import, defisit menyempit dengan ketara daripada RM44.0 bilion kepada RM11.7 bilion,” tambahnya.

DOSM berkata Asia terus menjadi destinasi utama bagi eksport perkhidmatan Malaysia, yang membentuk RM164.0 bilion atau 67.5 peratus daripada jumlah perkhidmatan.

Singapura, Amerika Syarikat (AS) dan China adalah tiga destinasi utama untuk eksport perkhidmatan Malaysia.

Asia juga menjadi sumber utama import dengan bahagian 58.6 peratus atau RM149.0 bilion.

Sumber utama import perkhidmatan adalah dari Amerika Syarikat, Singapura dan China. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan