Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto fail Bernama menunjukkan suasana ketika SPM berlangsung.

Pelajar cemerlang 10A SPM 2024 mohon Program Matrikulasi akan dapat tempat – KPM

ByBernama

KUALA LUMPUR, 25 Jun: Semua pelajar cemerlang yang memperoleh keputusan 10A dan ke atas dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lepas dan memohon untuk Program Matrikulasi akan mendapat tempat tanpa mengira kaum atau latar belakang.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam kenyataan memaklumkan perkara itu dipersetujui dalam Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.

“Ini termasuk pelajar yang mendapat 10A dan terdapat keputusan mata pelajaran A-. Dasar ini sama seperti yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun lalu.

“Ketetapan ini dibuat bagi memastikan semua pelajar cemerlang 10A SPM 2024 mendapat peluang untuk melanjutkan pengajian,” menurut kenyataan itu.

KPM turut memaklumkan pada masa yang sama sistem kuota bumiputera sedia ada bagi Program Matrikulasi kekal dan tidak terjejas.

“Kerajaan MADANI akan terus memastikan akses pendidikan dapat dipertingkatkan demi manfaat semua pelajar yang merupakan aset masa hadapan negara,” menurut kenyataan itu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan