Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang pegawai kewangan di sebuah syarikat perkhidmatan perundingan berputih mata apabila wangnya lebih RM4.17 juta lesap selepas disyaki menjadi mangsa penipuan pelaburan secara dalam talian semalam. Foto hiasan Envato

Pegawai kewangan rugi RM4.17 juta ditipu pelaburan dalam talian

GEORGE TOWN, 25 Jun: Seorang pegawai kewangan di sebuah syarikat perkhidmatan perundingan berputih mata apabila wangnya lebih RM4.17 juta lesap selepas disyaki menjadi mangsa penipuan pelaburan secara dalam talian semalam.

Mangsa wanita berusia 60 tahun itu dikatakan mula terjerat selepas melihat satu iklan pelaburan saham atas nama KKR Investment semasa melayari Facebook pada awal Mac lalu.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, wanita itu telah menekan satu pautan pada iklan berkenaan sebelum berhubung dengan seorang suspek wanita menerusi WhatsApp.

Katanya, nombor telefon mangsa kemudiannya dimasukkan ke dalam satu kumpulan WhatsApp bernama ‘Kumpulan Analisis Kewangan Saham Malaysia’ untuk mendapatkan maklumat lanjut.

“Pelaburan itu menjanjikan pulangan untung lumayan berdasarkan jumlah modal yang dilaburkan dalam tempoh masa singkat.

“Mangsa berminat menyertai pelaburan sebelum dia diminta memuat turun aplikasi KKR INV melalui pautan diberikan untuk mendaftar keahlian dan membuat pelaburan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Hamzah, dalam tempoh 10 Mac sehingga 13 Jun lalu, mangsa telah membuat 76 transaksi pemindahan wang ke dalam lapan akaun bank milik syarikat berbeza.

“Dia telah memindahkan wangnya berjumlah RM4,171,000 juta sebelum menyedari dirinya ditipu apabila tidak dapat mengeluarkan keuntungan yang tertera di dalam aplikasi itu.

“Mangsa juga turut diminta membuat bayaran tambahan untuk tujuan pengeluaran tersebut sebelum dia tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut bagi membuat laporan semalam,” katanya lagi.

Ujar beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan