Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Inisiatif Miri Heritage Trail dilihat mampu memberi impak positif dengan merancakkan sektor pelancongan Sarawak, khususnya di Miri. Foto Awgku Aimanhariz (TVS)

‘Miri Heritage Trail’ mampu rancak pelancongan Miri

BySalasiah Safian

MIRI, 25 Jun: Inisiatif Miri Heritage Trail dilihat mampu memberi impak positif dengan merancakkan sektor pelancongan Sarawak khususnya di Miri.

Menurut warga setempat, Jason Abok, 18, yang juga pembantu tukang masak  laluan warisan ini bukan sahaja menarik minat pelancong, malah berperanan penting dalam mendidik mereka mengenai sejarah dan identiti Miri menjadikan pelancongan bukan sekadar pengalaman, tetapi juga pembelajaran bermakna.

“Yang bagusnya supaya mereka dapat tahu bagaimana bandaraya Miri ini sebelum Miri menjadi bandaraya, sejarah-sejarah sebelum ini. Mengenai tentang budaya yang ada di Miri, sejarah Miri.

“Harapan saya supaya Miri ini akan lebih maju, banyak pelancong dari luar masuk ke Miri,” katanya kepada TVS.

Senada dengannya, Rahmah Usop berkata, ia bukan sahaja dapat mendedahkan pelancong luar mengenai sejarah Miri, bahkan penduduk Miri sendiri juga akan mengetahuinya secara tidak langsung.

Selain daripada beberapa kawasan yang tersenarai di bawah ‘Miri Heritage Trail’ banyak tempat menarik yang boleh diterokai di Miri.

“Yang bagusnya mengenai “Miri Trail Heritage” ini adalah untuk pelancong semakin ramai datang ke Miri ini. Banyak tempat istimewa di Miri ini. Seperti yang saya tahu, ada di Bekenu, Miri Waterfront.

“Kadang-kadang di Lambir juga ada kerana setahu saya ada bas yang membawa pelancong ke sana untuk aktiviti mendaki,” ujarnya.

Sebanyak sepuluh tempat tersenarai di bawah ‘Miri Heritage Trail’ iaitu Brighton Beach (Japanese Landing Craft) War Memorial, Lighthouse (Pusara Metali), The Grand Old Lady (Canada Hill), Salome Dam (Canada Hill), World War Two Air Raid Shelter (Canada Hill), Bunkers Batu 1 (Kuala Baram Road), Makam Dato Permaisuri (Kampung Pujut Tanjung Batu), Pow Camp and Execution Site (Lopeng), World War Two Memorial Park, dan Piasau Bailey Bridge. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan