Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Datuk Seri Fadillah Yusof (tengah) bergambar kenangan sejurus tiba di Moscow pada Selasa bagi memulakan lawatan kerja rasmi beliau di Rusia. Foto Bernama

Malaysia, Rusia teroka peluang kerjasama baharu termasuk sektor tenaga

ByBernama

MOSCOW, 25 Jun: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof hari ini memulakan lawatan kerja ke ibu kota Rusia dengan mengadakan mesyuarat dua hala bersama rakan sejawatannya Alexei Overchuk.

Fadillah diiringi Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin dan Duta Besar Malaysia ke Rusia Datuk Cheong Loon Lai.

Mesyuarat dua hala tersebut yang berlangsung di White House (Moscow) antara lainnya membincangkan tentang kerjasama dua hala sedia ada serta meneroka peluang kerjasama baharu, khususnya dalam sektor tenaga, pemindahan teknologi, pendidikan dan latihan.

Mesyuarat tersebut turut disertai Timbalan Menteri Tenaga Rusia Evgeny Petrovich Grabchak dan Timbalan Menteri Pembangunan Ekonomi Vladimir Ilichev.

Hubungan diplomatik Malaysia dan Rusia telah terjalin sejak 1967.

Pada 2024, Rusia merupakan rakan dagang kesembilan terbesar Malaysia dalam kalangan negara Eropah dengan nilai dagangan mencecah RM11.46 bilion (US$2.48 bilion).

Eksport utama Malaysia ke Rusia termasuk produk elektrik dan elektronik, jentera, peralatan dan alat ganti serta makanan diproses. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan