Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
MoU tersebut ditandatangani Adam Yii Siew Sang dan Zheng Limin dalam satu majlis rasmi yang disaksikan Datuk Amar Dr Sim Kui Hian. Foto TVS

Majlis Bandaraya Miri dan Zhangzhou meterai MoU jalin hubungan bandar persahabatan

ByAkma Salleh

KUCHING, 25 Jun: Majlis Bandaraya Miri (MBM) hari ini melakar sejarah tersendiri apabila memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan bandar Zhangzhou dari Wilayah Fujian, China bagi menjalin hubungan bandar persahabatan, sekali gus membuka lembaran baharu dalam kerjasama dua hala.

MoU berkenaan ditandatangani Datuk Bandar Miri, Adam Yii Siew Sang dan Datuk Bandar Zhangzhou, Zheng Limin dalam satu majlis rasmi yang turut disaksikan Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian.

Turut hadir, Konsul Jeneral Republik Rakyat China di Kuching, Xin Wei Ping serta Naib Gabenor Wilayah Fujian, Lin Ruiliang.

Kerjasama strategik itu dijangka merangkumi pelbagai bidang termasuk pelancongan, budaya, ekonomi dan pendidikan, yang dilihat mampu memperkukuh hubungan diplomatik antara Sarawak dan China di peringkat kerajaan tempatan.

MoU berkenaan turut disifatkan sebagai langkah signifikan dalam usaha memperluas jaringan antarabangsa bagi bandar-bandar di Sarawak serta membuka ruang lebih luas kepada pertukaran idea dan pembangunan bersama.

Kerjasama itu juga diyakini mampu menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi tempatan dan platform pertukaran budaya serta pengetahuan antara kedua-dua pihak.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan