Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Muhamad Faiz menyerahkan bantuan peralatan menangkap ikan kepada nelayan Limbang pada program Majlis Rahmah Mesra Madani Pengerusi LKIM Bersama Nelayan Limbang 2025. Foto TVS

LKIM dan Jabatan Perikanan Brunei jalin kerjasama terokai potensi sektor akuakultur

LIMBANG, 25 Jun: Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) menjalin kerjasama dengan Jabatan Perikanan Brunei dalam bidang perikanan termasuk menerokai potensi sektor akuakultur di negara jiran itu.

Pengerusi LKIM Muhamad Faiz Fadzil berkata, sektor akuakultur mempunyai potensi luas untuk dikembangkan nelayan tempatan khusus di utara Sarawak berdasarkan pasaran luas di negara Brunei.

Beliau berkata, para nelayan tempatan perlu mempelbagaikan ekonomi dengan mengembangkan lagi sektor perikanan dan akuakultur secara mapan menerusi pemindahan ilmu pengetahuan dan teknologi moden.

“Saya bertemu dan berbincang dengan Jabatan Perikanan Brunei mereka mengatakan bahawa ikan yang diternak di Brunei itu tidak cukup untuk pasaran domestik dan mereka terpaksa juga mengimport.

“Jadi kalau peluang ini diambil dan dimanfaatkan oleh nelayan kita di Limbang dan Lawas melalui dana nelayan yang ada dan pinjaman modal yang disediakan oleh Agro Bank di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan ini boleh memberikan satu peluang yang cukup baik untuk nelayan di Limbang untuk menerokai bidang ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas program Majlis Rahmah Mesra Madani Pengerusi LKIM Bersama Nelayan Limbang 2025 di Dewan Kampung Bunga Raya hari ini.

Muhamad Faiz berkata lagi, pendekatan konvensional dan tradisional perlu diubah kepada ekonomi moden dan baru dalam usaha ke arah meningkatan pendapatan nelayan.

Katanya, ia boleh direaliasasikan dengan menerokai sektor akukultur melalui penternakan ikan dan udang kerana sektor itu mendapat permintaan tinggi bukan saja di Sarawak tetapi di negara Brunei Darussalam.

Katanya, pihaknya dan Jabatan Perikanan Brunei turut mengadakan pertemuan dan perbincangan serta peluang-peluang kerjasama dalam usaha mengangkat sektor perikanan ke tahap tinggi dan moden.

Beliau mendedahkan selain peluang ekonomi dan industri perikanan,pelbagai isu turut dibincangkan termasuk persempadanan maritim membabitkan kawasan penangkapan ikan nelayan tempatan dan Brunei dalam pertemuan hari ini. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan