Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki maut dalam kemalangan membabitkan dua kereta dan sebuah treler membawa muatan tong gas petroleum cecair (LPG) di Kilometer 13 Jalan Lukut-Sepang, Port Dickson pada Selasa. Foto JKR Port Dickson (FB)

Lelaki maut nahas babit tiga kenderaan di Port Dickson

ByBernama

SEREMBAN, 25 Jun: Seorang lelaki maut dalam kemalangan membabitkan dua kereta dan sebuah treler membawa muatan tong gas petroleum cecair (LPG) di Kilometer 13 Jalan Lukut-Sepang, Port Dickson pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Maslan Udin berkata kejadian berlaku 3.30 petang tadi melibatkan kereta jenis Proton Saga dan Proton Wira serta treler jenis Scania G400.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila pemandu Proton Wira berusia 51 tahun itu cuba memotong sebuah kenderaan di garisan berkembar namun gagal lalu berlanggar dengan treler dari arah bertentangan.

“Treler berkenaan cuba mengelak ke bahu jalan namun perlanggaran tetap berlaku menyebabkan treler itu terbalik dan muatan tong gas terjatuh lalu terkena kereta Proton Saga.

“Pemandu Proton Wira itu meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera di kepala dan kaki, manakala pemandu treler iaitu lelaki berumur 44 tahun cedera ringan di kepala dan siku kiri,” katanya dalam satu kenyataan.

Maslan berkata pemandu Proton Saga iaitu lelaki berusia 35 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan