Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan ditemui semasa perasmian Lab Cadangan Projek di Lawas pada Rabu. Foto TVS

Koordinasi agensi serta rakyat penting dalam menjayakan projek RECODA, NRDA

LAWAS, 25 Jun: Kerajaan Sarawak menggesa agensi-agensi kerajaan serta komuniti tempatan, terutamanya di wilayah utara Sarawak untuk menggembleng tenaga, mendukung selain bekerjasama dengan pihak Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA) terutama menerusi cabang pembangunannya, Agensi Pembangunan Wilayah Utara (NRDA).

Timbalan Premier Sarawak merangkap Pengerusi NRDA, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, setiap projek yang direncana perlulah mengambil kira keperluan sebenar serta nilai tambah penduduk setempat bagi memastikan kejayaan secara holistik projek-projek yang dilaksanakan.

“Kita mahu keterlibatan masyarakat agar kita cakna akan keperluan mereka dan seterusnya melaksanakan sesuatu projek itu mengikut keutamaan serta keputusan sepakat oleh semua pihak.

“Jika kita mengenal pasti kekuatan dan seterusnya merangka program atau inisiatif yang boleh diterima pakai, saya pasti kita akan dapat mempercepatkan pelaksanaan projek itu dengan jayanya,” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui pemberita pada Majlis Perasmian Lab Cadangan Projek serta program di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (Peruntukan negeri untuk NRDA) di Lawas pada Rabu,

Hadir sama Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail, Ahli Parlimen Lawas, Dato Henry Sum Agong, ADUN Batu Danau, Dato Paulus Palu Gumbang, Ketua Pegawai Eksekutif RECODA, Datu Ismawi Ismuni, Pengarah NRDA, Datu Ubaidillah Latip, Residen Bahagian Limbang, Unus Tambi serta Setiausaha Politik Premier Sarawak, Awangku Jinal Abedin Dato Pengiran Jawa dan Sam Laya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan