Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Direktorat Jeneral Imigresen Arab Saudi telah melengkapkan persiapan di semua pintu masuk antarabangsa untuk menerima jemaah umrah yang tiba bagi musim umrah 1447 Hijrah. Foto fail AFP

Arab Saudi sedia terima jemaah umrah bagi musim 1447H

ByBernama

RIYADH, 25 Jun: Direktorat Jeneral Imigresen Arab Saudi telah melengkapkan persiapan di semua pintu masuk antarabangsa untuk menerima jemaah umrah yang tiba bagi musim umrah 1447 Hijrah, bagi memastikan kelancaran proses daripada ketibaan hingga berlepas.

Menurut Agensi Berita Saudi (SPA), jabatan itu mengesahkan bahawa semua balai imigresen di pintu masuk udara, darat dan laut telah diperkukuh dengan petugas berkelayakan serta peralatan teknikal moden.

Jabatan itu turut menggesa jemaah umrah agar mematuhi peraturan dan arahan sepanjang berada di negara itu, dari saat ketibaan sehingga berlepas. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan