Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengurniakan Pingat Pentadbiran Awam Pingat Perkhidmatan Cemerlang kepada Dayang Joanita Azizah Abang Morshidi. Foto Za'im Zharfan (TVS)

141 individu terima Darjah Kebesaran Negeri Sarawak

ByAsmah Adenan

KUCHING, 25 Jun: Seramai 141 penerima dikurniakan Darjah Kebesaran Negeri Sarawak oleh Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada Majlis Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri di Dewan Besar, Astana Negeri Sarawak, hari ini.

Istiadat dimulakan dengan penganugerahan Pingat Pentadbiran Awam Pingat Perkhidmatan Cemerlang (P.P.C.) kepada Residen Bahagian Kuching, Dayang Joanita Azizah Abang Morshidi; Pengarah Unit Digitalisasi Perkhidmatan Awam Sarawak, Grace Huong Siew Hung; serta tujuh penerima lain.

Ia diikuti dengan pengurniaan Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak, Pegawai Bintang Sarawak (P.B.S.) kepada Ketua Kluster Penyelidikan Untuk Sains Semula Jadi UNIMAS, Profesor Dr Edmund Ui Hang, bersama empat penerima lain.

Seramai 10 individu menerima Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak, Pegawai Bintang Kenyalang (P.B.K.), manakala 24 penerima lain dikurniakan Pingat Pentadbiran Awam Pingat Perkhidmatan Bakti (P.P.B.).

Selain itu, seramai 19 penerima dianugerahkan Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak, Ahli Bintang Sarawak (A.B.S.); 15 menerima Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak, Ahli Bintang Kenyalang (A.B.K.); dan 34 dikurniakan Pingat Pentadbiran Awam Pingat Perkhidmatan Terpuji (P.P.T.).

Sementara itu, seramai 25 penerima menerima Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak, Bentara Bintang Sarawak (B.B.S.).

Hadir sama pada majlis berkenaan ialah isteri Yang di-Pertua Negeri, Toh Puan Datin Patinggi Fauziah Mohd Sanusi dan Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan