Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki warga emas patah lengan selepas pikap dipandu kemalangan kendiri di Kilometer 20 Jambatan Sungai Seberang Jalan Bintulu - Bakun hari ini. Foto JBPM

Warga emas patah lengan, pikap dipandu kemalangan kendiri

BINTULU, 24 Jun: Seorang lelaki warga emas patah lengan selepas pikap dipandu kemalangan kendiri di Kilometer 20 Jambatan Sungai Seberang Jalan Bintulu – Bakun di sini, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 11.55 pagi dengan menggerakkan lima anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Samalaju ke lokasi kejadian.

“Setibanya pasukan bomba di tempat kejadian didapati berlaku kemalangan jalan raya kendiri melibatkan sebuah pikap.

“Komander operasi membuat size-up di lokasi dan mendapati terdapat seorang mangsa lelaki berusia 62 tahun tidak tersepit dan mengalami patah lengan dan tidak dapat keluar dari kenderaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, pihak bomba membuat penstabilan di bahagian leher mangsa dengan menggunakan C-collar dan seterusnya mengeluarkan mangsa dengan menggunakan scoop stretcher.

“Pihak bomba menunggu ketibaan pihak ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan seterusnya menyerahkan mangsa kepada pihak ambulans KKM untuk tindakan selanjutnya.

“Setelah memastikan keadaan benar- benar selamat, pasukan bomba bertolak balik ke balai,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan