Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang wanita warga emas cedera melecur di muka selepas berlaku letupan kecil akibat kebocoran tong gas di sebuah gerai makanan di Sri Sematan NorHikmah pagi tadi. Foto JBPM

Warga emas melecur tong gas bocor di gerai makan

SEMATAN, 24 Jun: Seorang wanita warga emas cedera melecur di muka selepas berlaku letupan kecil akibat kebocoran tong gas di sebuah gerai makanan di Sri Sematan NorHikmah pagi tadi.

Mangsa dikenali sebagai Timah Asri berusia 63 tahun telah dikejarkan ke Hospital Lundu oleh ahli keluarga selepas insiden berlaku sekitar jam 9.06 pagi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak menerima panggilan kecemasan daripada orang awam memaklumkan tentang kebocoran gas di premis berkenaan.

“Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lundu diketuai PBK I Khairul Mohamad Nor tiba di lokasi pada jam 9.28 pagi bersama enam anggota dengan sebuah jentera LFRT.

Menurut laporan Komander Operasi, terdapat sisa letupan di lokasi kejadian yang dipercayai berpunca daripada kebocoran pada sambungan antara Butterfly High Pressure Gas Regulator dan valve tong gas.

Siasatan lanjut di lokasi turut melibatkan soal siasat saksi kejadian, termasuk anak mangsa.

Pasukan bomba memastikan keadaan benar-benar selamat sebelum operasi ditamatkan pada jam 10 pagi.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan