ASAJAYA, 24 Jun: Tindakan pantas penduduk berjaya menyelamat sebuah kediaman di Jalan Kampung Senangeh di sini, musnah dalam kebakaran hari ini.
Komander Operasi, Duet Marzuki berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 1.45 tengah hari dengan menggerakkan 13 anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Asajaya dan bantuan BBP Simunjan ke lokasi kejadian.
“Setibanya di lokasi kejadian didapati kebakaran litar pintas melibatkan sebuah rumah telah terbakar 20 peratus pada bahagian bilik tingkat atas.
“Kebakaran tidak melibatkan mangsa. Api dipadam penduduk kampung dengan mengunakan air paip dan meroboh atap sebelum pihak bomba sampai di lokasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, pihak bomba membuat overhaul dengan menggunakan satu aliran salur bantu mula bagi memastikan api padam sepenuhnya.
Setelah selesai pemadaman jentera bomba bersama anggota balik ke balai.-TVS