Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengetua SMK Saribas, Nur Liana Lim Abdullah menerima sijil pencapaian cemerlang STPM 2024 daripada Pengarah Pendidilan Sarawak, Omar Mahli di Kuching pada Selasa. Foto SMK Saribas Official

STPM 2024: SMK Saribas cemerlang, duduki tempat keenam di Sarawak

SARIBAS, 24 Jun: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Saribas melakar pencapaian membanggakan apabila tersenarai dalam kelompok 12 sekolah terbaik Sarawak bagi keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2024 dengan mencatat Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) melebihi 3.00.

Kejayaan itu meletakkan SMK Saribas di tempat keenam terbaik negeri, dengan Gred Purata Sekolah (GPS) 3.11, mengatasi puluhan sekolah lain di seluruh Sarawak.

Pengetua, Nur Liana Lim Abdullah menyifatkan pencapaian itu sebagai hasil komitmen luar biasa pelajar, dedikasi guru, serta sokongan padu ibu bapa dan komuniti.

“Tahniah dan syabas kepada semua pelajar Pra Universiti SMK Saribas. Keputusan ini bukti kerja keras dan semangat juang yang berterusan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi TVS selepas Majlis Pengumuman Keputusan STPM 2024 Peringkat Negeri Sarawak berlangsung di Kuching hari ini.

Beliau turut berkongsi rasa bangga apabila dua pelajar sekolah itu memperoleh PNGK 4.00, dan ramai lagi berjaya menempatkan diri ke universiti awam.

“Kejayaan ini bukan hanya milik sekolah, tetapi seluruh komuniti yang sentiasa memberi motivasi dan dorongan. Semoga ini menjadi inspirasi untuk budaya kecemerlangan akademik yang berterusan,” katanya.

Tambahnya, pencapaian cemerlang itu juga tidak akan hadir tanpa adanya kerjasama dan sokongan padu daripada para ibu bapa dan komuniti setempat.

Antara sekolah-sekolah menengah lain yang turut tersenarai dalam kategori 12 terbaik adalah, SMK Sacred Heart, SMK Chung Hua, SMK Bandar Sibu, SMK Rosli Dhoby, SMK Methodist dan SMK Tung Hua dari Sibu; SMK Merbau, SMK Chung Hua dan Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang dari Miri; SMK Green Road dan SMK Bako dari Kuching.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan