Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Md Amin bercakap dalam sidang media pengumuman keputusan STPM hari ini. Foto, TVS.

STPM 2024 catat PNGK 2.85, tertinggi dalam sejarah

ByAmirah Shawel

SELAYANG, 24 Jun: Keputusan Sijil Tertinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2024 mencatatkan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) nasional 2.85, pencapaian tertinggi dalam sejarah pelaksanaan sistem peperiksaan itu.

Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), Profesor Datuk Dr Md Amin Md Taff berkata peningkatan sebanyak 0.01 mata daripada PNGK 2.84 pada tahun lalu itu merupakan pencapaian yang membanggakan.

“Lebih membanggakan, seramai 1,266 calon atau 3.06 peratus memperoleh PNGK penuh 4.00, meningkat sebanyak 150 calon berbanding tahun 2023,” katanya pada sidang media pengumuman keputusan STPM 2024 di sini, hari ini.

Menurutnya, bilangan calon yang mendapat 5A dalam kelima-lima mata pelajaran yang diambil juga meningkat kepada 53 berbanding 41 calon dalam STPM 2023.

Bilangan calon yang mendapat 4A bertambah kepada 1,228 calon berbanding 1,087 calon pada 2023.

Sementara itu, MPM turut mengiktiraf 20 pelajar terbaik STPM kebangsaan yang dipilih mengikut kategori, dengan masing-masing telah menerima wang tunai berjumlah RM1,000 bersama plak penghargaan dan sijil anugerah.

“Lapan pelajar dari aliran sains, lapan dari sains sosial, seorang dari kategori Orang Asli serta tiga pelajar pendidikan khas dipilih sebagai pelajar terbaik kebangsaan STPM 2024,” katanya. – TVS

Tags: STPM 2024

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan