Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera parah dalam kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan di Kilometer 60 Jalan Johor Bahru-Mersing di sini malam tadi.

Seorang maut, seorang cedera parah kemalangan babit tiga kenderaan

ByBernama

KOTA TINGGI, 24 Jun: Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera parah dalam kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan di Kilometer 60 Jalan Johor Bahru-Mersing di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Yusof Othman berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian membabitkan kereta Honda Stream, lori Hino dan Toyota Hilux berkenaan pada 11.55 malam tadi.

Beliau berkata hasil siasatan mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Honda Stream dari arah Mersing ke Kota Tinggi hilang kawalan dan bergesel pada bahagian kanan lori, dan kemudiannya terlanggar Toyota Hilux dari arah bertentangan.

“Akibat kemalangan itu, pemandu kereta yang berusia 34 tahun itu mengalami kecederaan parah pada beberapa bahagian badan dan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala penumpang kereta itu pula cedera ringan.

“Pemandu Toyota Hilux yang mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala sedang menerima rawatan di Hospital Kota Tinggi manakala pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Yusof berkata kes masih dalam siasatan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan