Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Julaihi Narawi (lima kiri) ketika menghadiri forum Regional Partnerships – Tapping Southeast Asia’s Water Market di Singapura, hari ini. Foto MUT

Sarawak jadi tuan rumah Kongres Air Dunia 2028

BySaibi Gi

KUCHING, 24 Jun: Sarawak bakal mencatat sejarah tersendiri apabila dipilih menjadi tuan rumah kepada Kongres dan Pameran Dunia Persatuan Air Antarabangsa (IWA) 2028, sekali gus meletakkan negeri ini di pentas utama perbincangan global mengenai pengurusan air.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi berkata pemilihan Kuching sebagai lokasi penganjuran kongres berprestij itu merupakan pengiktirafan antarabangsa terhadap usaha berterusan Sarawak dalam membangunkan sektor bekalan air yang mampan dan inovatif.

“Kongres ini bakal menghimpunkan pakar, pembuat dasar dan penggiat industri air dari seluruh dunia untuk berkongsi kepakaran, teknologi dan idea bagi menghadapi cabaran sumber air masa hadapan.

“Penganjuran ini juga membuka peluang kepada Sarawak untuk memperkukuh jaringan kerjasama serta menonjolkan inisiatif tempatan dalam pembangunan air bersih,” katanya ketika berucap pada forum Regional Partnerships – Tapping Southeast Asia’s Water Market di Singapura pada Isnin.

Menurutnya, Sarawak sudah menunjukkan komitmen aktif dalam platform antarabangsa apabila menyertai Kongres IWA di Toronto pada 2024 dan akan turut serta dalam edisi 2026 di Glasgow, Scotland sebelum menjadi tuan rumah pada 2028.

Tambah beliau, usaha ini selaras dengan strategi pasca pandemik menerusi PCDS 2030 yang menjadikan utiliti, termasuk air, sebagai pemacu utama pembangunan sosioekonomi.

“Kita mahu pastikan agenda pengurusan air bukan sekadar memenuhi keperluan asas, malah menjadi enjin kemajuan dan kemakmuran serantau,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan