Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Peluncuran Pelan Tempatan Kuala Lumpur (PTKL) 2040 di sini hari ini. Foto, Afiq Johari (TVS).

PTKL 2040 permulaan rombakan besar pembangunan ibu negara – PM

ByHafeezzur Muzamir

KUALA LUMPUR, 24 Jun: Pelan Tempatan Kuala Lumpur (PTKL) 2040 yang diluncurkan secara rasmi hari ini akan memainkan peranan sebagai permulaan kepada kepada rombakan besar dalam perancangan pembangunan ibu negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelan itu yang sebelum ini tertangguh lama akibat pandemik COVID -19 kini lebih terangkum dan inklusif dengan menitik beratkan pembangunan manusiawi.

Menurut Anwar, pelan itu juga turut mengetengahkan pemikiran baharu seperti kecerdasan buatan (AI) dan keperluan baharu lain dengan ia turut mengambil kira kepentingan rakyat terutama golongan B40 dan M40.

“Kebiasaannya pembangunan bandar itu meletakkan pembangunan rakyat hanya satu kelompok, terasing dan semua kemudahan atau keselesaan itu tertumpu kepada kelompok tertentu.

“(Ia) tidak salah, tetapi harus lebih terangkum, barulah ada makna manusiawi mengikut falsafah MADANI.

“Saya percaya selepas peluncuran PTKL 2040 ini, bukan saja pegawai dan pimpinan politik, tapi golongan korporat serta pengusaha utama dalam membangunkan ia dengan mengambil kira pendekatan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Peluncuran Pelan Tempatan Kuala Lumpur (PTKL) 2040 di sini hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif, Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil dan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Mengulas lanjut, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, antara tumpuan yang ditekankan dalam PTKL2040 ialah berkaitan pengangkutan awam yang akan menjadi tunjang kepada pembangunan masa depan ibu negara.

Jelas beliau, projek infrastruktur baharu di bawah Kementerian Pengangkutan (MOT), iaitu Transit Aliran Massa (MRT) telah dikenal pasti bagi menyokong perubahan itu.

“Menerusi PTKL, keutamaan di bandar raya bukanlah kenderaan persendirian, tetapi pengangkutan awam. Kita ambil keputusan memihak kepada majoriti dan sebab itu saya katakan beberapa projek baharu berkaitan pengangkutan awam telah dikenal pasit.

“Insiatif ini bagi bemastikan pengangkutan awam menjadi tulang belakang Kuala Lumpur yang mampu memberikan jaminan keselesaan,” ujarnya.

PTKL2040 akan menjadi panduan utama bagi pembangunan fizikal Kuala Lumpur untuk tempoh 15 tahun akan datang.

Untuk rekod, pelan tersebut yang diwartakan pada 28 Mei dan berkuat kuasa mulai 11 Jun, dirangka bagi menggabungkan dasar-dasar yang digariskan dalam Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL2040) dengan memberi tumpuan kepada beberapa aspek utama, iaitu kawalan perancangan guna tanah, intensiti pembangunan, kawalan aktiviti di setiap lot tanah, perancangan infrastruktur, pemeliharaan alam sekitar, serta penambahbaikan kualiti hidup penduduk bandar. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan