Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyampaikan sumbangan kepada Muhammad Iftikhar Firas Farid yang muncul sebagai juara dunia dalam pertandingan “Roller Freestyle Park Junior” di Perancis baru-baru ini. Foto Anwar Ibrahim (FB)

PM sampaikan sumbangan kepada anak Malaysia juara sukan kasut roda dunia

ByBernama

KUALA LUMPUR, 24 Jun: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin menyampaikan sumbangan kepada Muhammad Iftikhar Firas Farid yang muncul sebagai juara dunia dalam pertandingan “Roller Freestyle Park Junior” di Perancis baru-baru ini.

Sumbangan disampaikan setiausaha politik beliau Chan Ming Kai.

Perdana Menteri berkata lebih membanggakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Aziz Shah, Kajang itu berjaya menewaskan juara bertahan empat tahun berturut-turut dalam kejohanan tersebut.

“Mendoakan agar (Muhammad Iftikhar) Firas terus bersinar dalam bidang sukan ini. Semoga kejayaan yang diraih menjadi pencetus semangat untuk beliau melangkah lebih jauh di pentas antarabangsa dan mengharumkan nama negara,” katanya dalam hantaran di platform X pada Isnin.

Anwar berkata beliau turut mengarahkan Kementerian Belia dan Sukan untuk membantu menyokong potensi Muhammad Iftikhar Firas dengan kemudahan latihan dan akses yang diperlukan bagi mengembangkan lagi bakatnya ke tahap lebih tinggi.

Muhammad Iftikhar Firas dinobatkan sebagai juara dunia dalam acara Roller Freestyle Park Junior yang berlangsung di Montpellier, Perancis pada hujung Mei lepas. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan