Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk tidak menyekat pengajian mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang terlibat menyertai perhimpunan Gempur Rasuah Sabah 2.0, pada Sabtu lalu. Foto fail Bernama.

PM pertahan mahasiswa UMS, arah KPT tidak sekat pengajian

ByHafeezzur Muzamir

KUALA LUMPUR, 24 Jun: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan agar Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk tidak menyekat pengajian mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang terlibat menyertai perhimpunan Gempur Rasuah Sabah 2.0, pada Sabtu lalu.

Setiausaha akhbar kanan beliau, Tunku Nashrul Abaidah berkata Anwar menegaskan masa depan anak muda tidak harus terkorban dalam arus perbezaan pendapat, sambil menegaskan Kerajaan MADANI akan terus menambah nilai dasar reformasi.

Jelas beliau ini bagi memastikan setiap usaha membanteras rasuah diterjemah ke arah kesejahteraan dan kemakmuran buat seluruh rakyat.

“Beliau menitipkan pesan bahawa semangat perubahan bermula dengan keberanian anak muda menyuarakan fakta dan niat yang telus.

“Di pihak kerajaan, komitmen reformasi kekal teguh, sedang dan telah diterjemahkan ke dalam bentuk tindakan nyata.

“Komitmen reformasi ini tidak akan terhenti setakat ini dan ia akan terus diperhalusi dan dilaksanakan dengan berstruktur,” katanya menerusi sidang media di Facebook milik Perdana Menteri hari ini.

Terdahulu, aksi membakar kain rentang bergambar karikatur Anwar dilakukan oleh sekumpulan mahasiswa di akhir perhimpunan aman itu mencetuskan pelbagai reaksi masyarakat.

Perhimpunan tersebut dianjurkan oleh kumpulan dikenali sebagai Sekretariat Rakyat Benci Rasuah sebagai bantahan terhadap isu rasuah dan dakwaan kegagalan pentadbiran kerajaan semasa menunaikan janji reformasi institusi.

Dalam pada itu, Tunku Nashrul memberitahu bahawa Anwar mahukan pengurusan media memperkukuh proses semak fakta bagi memastikan kepercayaan rakyat tidak terhakis.

Tuntutan itu, kata kata beliau selepas insiden penerbitan infografik salah menyatakan bahawa Ketua Polis Negara yang baharu dilantik, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail merupakan ahli sebuah parti politik dalam kerajaan oleh sebuah portal akhbar baru-baru ini.

“Pejabat Perdana Menteri ingin menegaskan bahawa pengurusan media tidak boleh lepas tangan dalam proses semak fakta dengan ia mesti diperkukuh agar kepercayaan rakyat tidak terhakis.

“Tuduhan melulu terhadap penjawat awam khususnya pasukan polis adalah tidak beretika dan boleh menjejaskan moral serta keyakinan awam terhadap kekuasaan undang-undang,” katanya. – TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan