Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengesanan Kes Aktif (ACD) akan dilaksanakan di kawasan Townvilla B, Sibu Jaya bermula esok susulan pengesanan satu kes demam malaria di kawasan tersebut pada 13 Jun lalu. Foto hiasan AFP

PKB Sibu laksana ACD susulan jangkitan malaria

SIBU, 24 Jun: Pengesanan Kes Aktif (ACD) akan dilaksanakan di kawasan Townvilla B, Sibu Jaya bermula esok susulan pengesanan satu kes demam malaria di kawasan tersebut pada 13 Jun lalu.

Pegawai Kesihatan Bahagian Sibu, Dr Teh Jo Hun berkata, ACD itu akan berlangsung selama dua hari bermula 25 dan 26 Jun, mulai jam 5 petang hingga 8 malam.

“Pengesanan kes ini melibatkan pengambilan sampel darah menerusi kaedah Blood Film for Malaria Parasite (BFMP) dan merupakan satu prosedur wajib yang akan diteruskan sehingga selesai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, sepanjang operasi tersebut, pasukan kesihatan akan melakukan lawatan dari rumah ke rumah dan penduduk di kawasan terbabit diminta untuk memberikan kerjasama penuh.

“Antara bentuk kerjasama yang diperlukan termasuklah membenarkan pasukan kesihatan masuk ke rumah, menyediakan dokumen pengenalan diri seperti MyKad, sijil lahir atau pasport, serta memberi keutamaan kepada individu yang mengalami gejala seperti demam atau menggigil untuk pemeriksaan darah,” ujarnya.

Pejabat Kesihatan Bahagian (PKB) Sibu turut menyeru orang ramai agar menghubungi talian 084-315494 sekiranya mempunyai pertanyaan atau memerlukan penjelasan lanjut berkaitan ACD tersebut.

“Kerjasama semua pihak amat penting bagi memastikan tiada penularan lanjut berlaku dan kawasan ini kekal bebas daripada wabak malaria,” tambahnya.-TVS

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan

No data was found