Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata kerajaan Uzbekistan telah mengemukakan permohonan rasmi kepada Malaysia untuk meminta Petronas mempertimbangkan semula kembali melabur di negara tersebut. Foto Fadillah Yusof (FB)

Petronas diminta pertimbang melabur semula di Uzbekistan – TPM Fadillah

ByBernama

TASHKENT, 24 Jun: Petroliam Nasional Bhd (Petronas) diminta untuk mempertimbang melabur semula di Uzbekistan bagi merancakkan sektor minyak dan gas di republik tersebut.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata kerajaan Uzbekistan telah mengemukakan permohonan rasmi kepada Malaysia untuk meminta Petronas mempertimbangkan semula kembali melabur di negara tersebut.

“Mereka (Uzbekistan) menyatakan hasrat supaya Petronas dapat melibatkan kembali dalam pelaburan gas di Uzbekistan. Saya bersetuju untuk menyampaikan kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) untuk (diteliti).

“(Selain itu), saya turut membincangkan bagaimana kita nak meningkatkan keupayaan teknikal dalam bidang tenaga. Sebab itu mereka (Uzbekistan) banyak menghantar pelajar ke universiti di Malaysia khususnya Universiti Teknologi Petronas dan sebagainya,” kata Fadillah pada sidang media mengakhiri lawatan kerja beliau selama empat hari di republik tersebut yang bermula Sabtu lepas.

Pada pertengahan 2013, Petronas telah menarik diri daripada perjanjian perkongsian pengeluaran gas di wilayah Ustyurt dan perjanjian perkongsian pengeluaran bagi Pembangunan Blok Pelaburan Baysun di wilayah Surkhandarya.

Kemudiannya pada 2014, Petronas telah menutup pejabat wakilnya di Uzbekistan.

Fadillah, yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata, menerusi pertemuan beliau dengan Menteri Tenaga Uzbekistan Jurabek Mirzamakhmudov, negara itu turut menyatakan hasrat untuk mewujudkan universiti khusus bagi melahirkan lebih ramai pakar dalam bidang elektrikal dan tenaga boleh baharu seperti Universiti Tenaga Nasional (Uniten).

“Jadi kita bersetuju untuk membantu mereka dan kita mencadangkan Uniten sebagai salah satu model yang mereka boleh lihat dan bagaimana nak laksanakan nanti mereka akan menghantar pasukan mereka untuk datang melawat dan melihat bagaimana boleh membangunkan kurikulum dan juga supaya kepakaran ini dapat dikongsi secara bersama,” katanya.

Selain itu, katanya, kerajaan Uzbekistan turut mencadangkan agar lebih ramai pelajar daripada negara tersebut diberi peluang melanjutkan pengajian di Universiti Teknologi Petronas, selaras dengan usaha memperkukuh kerjasama dua hala dalam bidang pendidikan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan