Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengguna perkhidmatan udara dari pulau bebas cukai ini bimbang dengan tambang semakin mahal bagi laluan Labuan-Kota Kinabalu yang disifatkan sebagai tidak wajar dan membebankan, berbanding penerbangan destinasi antarabangsa seperti Bangkok, Thailand dan Seoul, Korea Selatan. Foto hiasan Bernama

Negara-negara Arab tutup ruang udara susulan serangan Iran ke atas pangkalan AS di Qatar

ByBernama

ISTANBUL, 24 Jun: Beberapa negara Arab menutup ruang udara mereka buat sementara waktu lewat Isnin sebagai langkah berjaga-jaga selepas Iran melancarkan serangan peluru berpandu ke atas sebuah pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) di Qatar, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Kementerian Luar Qatar mengumumkan penutupan ruang udaranya bagi memastikan keselamatan rakyat, penduduk dan pelawat di tengah-tengah situasi serantau yang semakin tidak menentu.

Jabatan Hal Ehwal Penerbangan Awam Bahrain turut mengesahkan penggantungan sementara aktiviti navigasi udara di ruang udara negara itu sebagai respons terhadap perkembangan semasa.

Di Kuwait, Direktorat Jeneral Penerbangan Awam mengarahkan penutupan sementara ruang udara negaranya, menyebabkan Kuwait Airways menggantung semua penerbangan. Kementerian Pengangkutan Iraq juga menutup ruang udara negara itu termasuk kawasan selatan.

Syarikat penerbangan Oman Air dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa ia telah menggantung penerbangan ke dan dari Manama, Dubai, Doha dan Kuwait berikutan situasi semasa, serta memberi amaran tentang kemungkinan kelewatan penerbangan di seluruh rangkaiannya.

Sementara itu, EgyptAir mengumumkan pembatalan perkhidmatan antara Kaherah dan beberapa bandar di Teluk, dan memaklumkan bahawa operasi hanya akan disambung semula apabila situasi keselamatan mengizinkan.

Gelombang penutupan ruang udara berlaku selepas Iran melancarkan serangan peluru berpandu ke atas Pangkalan Udara Al Udeid milik tentera AS di Qatar pada Isnin.

Serangan itu merupakan tindak balas kepada serangan terdahulu oleh AS pada Ahad yang menyasarkan tiga kemudahan nuklear Iran – Fordow, Natanz dan Isfahan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan