Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mayat Mazwan dijumpai kira-kira 300 meter dari lokasi dia dipercayai terjatuh. Foto JBPM Sarawak

Mayat lelaki jatuh sungai di Mukah ditemui

MUKAH, 24 Jun: Seorang lelaki yang dilaporkan terjatuh ke dalam Sungai Alo semalam ditemui meninggal dunia petang ini.

Mangsa, Mazwan Morsidi, 35, dijumpai kira-kira 300 meter dari lokasi dia dipercayai terjatuh, oleh pasukan Persatuan Nelayan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Mukah, Nicholas Belulin, berkata mayat mangsa ditemui di kawasan hulu sungai dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

“Mayat Mazwan ditemui di kawasan hulu sungai, tidak jauh dari lokasinya dipercayai terjatuh,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dengan penemuan itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang bermula sejak semalam ditamatkan serta-merta.

Operasi dijalankan secara bersepadu membabitkan bomba, polis, APM, RELA serta penduduk kampung.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan