Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Mohd Khalid Harun berkata ketegangan geopolitik itu dijangka mendorong kepada kenaikan harga minyak global, sekali gus memberi kesan langsung terhadap kos tiket penerbangan dan pengendalian pakej pelancongan.

MATA khuatir konflik Iran-Israel jejas sektor pelancongan

ByRadzi Ahmad

KUALA LUMPUR, 24 Jun: Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA) khuatir konflik berterusan antara Iran dan Israel berpotensi menjejaskan sektor pelancongan negara sekiranya tidak dibendung segera.

Presidennya, Datuk Seri Mohd Khalid Harun berkata ketegangan geopolitik itu dijangka mendorong kepada kenaikan harga minyak global, sekali gus memberi kesan langsung terhadap kos tiket penerbangan dan pengendalian pakej pelancongan.

“Faktor keselamatan dan ketidaktentuan pasaran juga mendorong kepada peningkatan pembatalan perjalanan ke rantau terbabit,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sehubungan itu, MATA menggesa semua pemain industri supaya bersiap siaga dengan meneliti semula strategi pemasaran dan menyesuaikan harga pakej berdasarkan keadaan semasa.

“Keanjalan dan daya tahan industri pelancongan Malaysia amat penting dalam menghadapi cabaran geopolitik semasa.

“MATA akan terus bekerjasama rapat dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) serta agensi berkaitan demi memastikan kelangsungan dan daya saing sektor pelancongan negara,” katanya.

MATA turut menyarankan agar ahli dan penggiat industri mempertimbangkan peralihan tumpuan ke destinasi pelancongan yang lebih stabil di rantau ASEAN dan Asia, bagi mengurangkan kebergantungan terhadap pasaran Timur Tengah yang terjejas.

Dalam pada itu, persatuan itu turut memohon penjelasan daripada MOTAC mengenai pelan kontingensi yang disediakan sekiranya konflik terbabit memberi kesan jangka panjang terhadap aliran pelancong masuk dan keluar negara.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan