Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Syed Mohamad Hasrin Tengku Hussin melancarkan Program MyEduTour: Discovery Malaysia 2025 di Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, hari ini. Foto David Andreas (TVS)

Malaysia manfaat EduTourism sebagai diplomasi pintar tarik pelajar serantau

JAKARTA, 24 Jun: Malaysia terus mengukuhkan kedudukan sebagai hab pendidikan tinggi serantau dengan memanfaatkan pendekatan pelancongan berasaskan pendidikan (EduTourism) sebagai strategi diplomasi pintar untuk menarik kemasukan pelajar antarabangsa, khususnya dari Indonesia.

Langkah itu dizahirkan menerusi penganjuran Program MyEduTour: Discovery Malaysia 2025 oleh Education Malaysia Indonesia (EMI) dengan kerjasama Tourism Malaysia Jakarta dan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, hari ini.

Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Datuk Syed Mohamad Hasrin Tengku Hussin berkata program berkenaan menjadi platform penting dalam mengetengahkan keunikan serta kepelbagaian institusi pengajian tinggi negara kepada pasaran serantau.

“Inisiatif ini dijangka dapat memberi pengalaman berbeza dengan menggabungkan kelebihan produk pendidikan dan pelancongan dalam satu pendekatan strategik.

“Ini juga membuka ruang hubungan dua hala dalam bentuk baharu yang memberi manfaat jangka panjang dari aspek ekonomi, sosial dan akademik,” katanya ketika ditemui media selepas merasmikan program berkenaan di Dewan Serbaguna Kedutaan Besar Malaysia di sini.

Program MyEduTour itu turut memperkenalkan kelebihan Malaysia sebagai destinasi pendidikan berkualiti yang menawarkan kos pengajian kompetitif, suasana pembelajaran selamat dan mesra, serta pengiktirafan antarabangsa terhadap sistem pendidikannya.

Menurutnya, pelancongan pendidikan merupakan antara sektor berpotensi tinggi yang dapat dimanfaatkan Malaysia dalam menarik pelajar asing dengan mempersembahkan nilai tambah melalui budaya, bahasa, makanan serta warisan negara.

Tambah beliau, pendekatan EduTourism secara langsung menyokong kempen Visit Malaysia 2026 dengan memperluaskan spektrum pelancong kepada segmen pelajar antarabangsa.

“Dengan pengalaman belajar sambil melancong, pelajar akan membawa pulang bukan sahaja ilmu, tetapi juga kenangan serta persepsi positif terhadap Malaysia,” katanya.

Program itu turut berperanan sebagai saluran penyampaian maklumat kepada pelajar dan ibu bapa di Indonesia tentang pelbagai peluang pendidikan di Malaysia termasuk laluan kerjaya, mobiliti antarabangsa dan peluang biasiswa.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan