Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Fadhlina bercakap dalam sidang media selepas majlis pengumuman keputusan STPM 2024 di sini hari ini. Foto, Amiruddin Syah (TVS).

Majlis Tingkatan Enam ditubuhkan pada Oktober – Fadhlina

ByAmirah Shawel

SELAYANG, 24 Jun: Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek mengumumkan sebuah Majlis Tingkatan Enam yang dikelola Kementerian Pendidikan (KPM) akan ditubuhkan pada Oktober ini.

Beliau berkata proses pemilihan pimpinan pelajar bagi persatuan tersebut akan dimulakan selepas pelajar Sijil Tertinggi Pelajaran Malaysia (STPM) mendaftar sesi pengajian.

Jelasnya, persatuan kepimpinan itu diperkenal bagi mengukuhkan kepimpinan pelajar Tingkatan Enam, selain sebagai platform suara bagi pelajar pra-universiti.

“Pastinya para pelajar Tingkatan Enam akan lebih dekat dengan KPM dan menteri sendiri kerana majlis ini akan berada di bawah KPM ,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas pengumuman keputusan STPM 2024 di sini, hari ini.

Sementara itu, Fadhlina berkata KPM berharap untuk menambah bilangan pelajar untuk mengikuti Program Pendidikan Tingkatan Enam yang dilaksanakan secara rintis di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Sains Malaysia (USM).

Menurutnya, inisiatif tersebut adalah bagi menambah baik pelaksanaan Program Tingkatan Enam sedia ada dengan memberikan pengalaman kepada pelajar untuk merasai kehidupan di kampus.

“Mereka tetap melalui proses dan aspek peperiksaan STPM seperti biasa, cuma kelebihan adalah mereka ditempatkan di universiti-universiti tersebut,” ujarnya.

Seramai 160 pelajar Tingkatan Enam memulakan Program Pendidikan Tingkatan Enam di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Sains Malaysia (USM) secara serentak pada 10 Jun lalu.

Program tersebut dilaksanakan dengan Kerjasama KPM dengan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam usaha memartabatkan kualiti pendidikan negara. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan