Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sekurang-kurangnya 606 orang terbunuh dan 5,332 lagi cedera dalam serangan Israel ke atas Iran sejak 13 Jun. Foto fail AFP

Lebih 600 terbunuh dalam serangan Israel di Iran – Kementerian Kesihatan

ByBernama

ISTANBUL, 24 Jun: Sekurang-kurangnya 606 orang terbunuh dan 5,332 lagi cedera dalam serangan Israel ke atas Iran sejak 13 Jun, menurut Kementerian Kesihatan Iran pada Selasa.

Anadolu Ajansi (AA) melaporkan yang kementerian itu mengesahkan wanita dan kanak-kanak turut termasuk dalam kalangan mangsa, namun tidak memberikan butiran lanjut.

Israel melancarkan serangan udara ke atas beberapa lokasi di Iran sejak 13 Jun, termasuk kemudahan ketenteraan dan nuklear, dengan mendakwa Tehran berada di ambang menghasilkan bom nuklear dakwaan yang dinafikan sekeras-kerasnya oleh Iran.

Iran pula melancarkan serangan balas menggunakan peluru berpandu dan dron, manakala Amerika Syarikat (AS) turut campur tangan dengan mengebom tiga tapak nuklear Iran pada Ahad.

Selepas 12 hari pertempuran udara antara dua musuh ketat serantau itu, Presiden AS Donald Trump pada Isnin mengumumkan satu gencatan senjata antara Israel dan Iran bagi menamatkan konflik mereka.

Gencatan senjata itu mula berkuat kuasa pada 0400GMT Selasa, menamatkan “perang 12 hari” itu.

Namun begitu, Menteri Pertahanan Israel Israel Katz, pada awal pagi Selasa mengarahkan tenteranya melancarkan serangan  ke atas Tehran, dengan mendakwa Iran melanggar perjanjian gencatan senjata. Iran menafikan dakwaan itu dan berikrar  bertindak balas terhadap sebarang serangan baharu.

Trump kemudiannya pada hari yang sama meluahkan rasa tidak puas hati terhadap Israel, sambil menyatakan baik Tel Aviv  mahupun Tehran, melanggar perjanjian gencatan senjata. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan