Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi menyerahkan sumbangan dana JKKK

KMKK dan JKKK tulang belakang pembangunan kampung

ByMahathir Haroun

KUCHING, 24 Jun: Sebanyak 46 Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Damai hari ini menerima suntikan dana bagi tujuan pentadbiran serta pelaksanaan aktiviti kampung.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek untuk Agensi Pembangunan Wilayah, Dewan Bandaraya Kuching Utara dan Hal Ehwal Islam) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, pemimpin akar umbi perlu memberi perhatian kepada beberapa aspek termasuk membangunkan kampung berlandaskan nilai Islam.

Malah menurutnya, sokongan juga perlu diberikan kepada Kerajaan Sarawak dan
memupuk kerjasama menyeluruh dengan masyarakat.

“Usaha kita membangunkan kampung bukan sekadar untuk memenuhi keperluan fizikal tetapi ia adalah satu ibadah. Ia datang dari niat yang ikhlas kerana Allah SWT,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Dana Aktiviti dan Pentadbiran JKKK Kawasan DUN Pantai Damai di sini, hari ini.

Pada majlis sama, Dr. Abdul Rahman turut menyampaikan sijil lantikan kepada dua penghulu, tiga ketua kaum baharu serta lanjutan pelantikan kepada KMKK.

Sementara itu menurutnya, Sarawak kini dalam perancangan untuk membangunkan teknologi satelit dengan penubuhan fakulti aeroangkasa di universiti milik Kerajaan Sarawak.

Pada masa sama, beliau menekankan pendidikan merupakan asas kepada perubahan besar wilayah ini.

“Premier Sarawak memperuntukkan RM1 bilion bagi menaik taraf sekolah daif di Sarawak agar generasi muda kita dapat belajar dalam suasana yang selesa dan selamat,” ujarnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Dr. Abdul Rahman menjelaskan, peranan KMKK dan JKKK tidak terhad kepada pelaksanaan projek tetapi merangkumi penyampaian dasar kerajaan.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan