Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Fahmi bercakap dalam sidang media selepas merasmikan Hari Terbuka IPPTAR 2025 di Angkasapuri hari ini. Foto, TVS.

IPPTAR perlu adaptasi AI dalam penyiaran – Fahmi

KUALA LUMPUR, 24 Jun: Kementerian Komunikasi menyaran agar Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR) memperkukuh kerjasama strategik bersama MyCreative Ventures bagi memperluas peranan institusi itu dalam mendepani perubahan teknologi komunikasi dan media, khususnya dalam bidang kecerdasan buatan (AI).

Menterinya, Datuk Fahmi Fadzil berkata, IPPTAR menjadi pusat latihan dan maklumat terkini dalam bidang penyiaran dan penerangan yang seiring dengan perkembangan teknologi terkini.

Jelas beliau kerjasama rapat IPPTAR dengan MyCreative Ventures akan membolehkan beberapa perkara dilaksanakan dengan lebih meluas, khususnya untuk membantu syarikat-syarikat media atau orang ramai.

“IPPTAR boleh dimanfaatkan sebagai tempat mendapatkan maklumat terkini dan juga latihan mengenai penyiaran serta penerangan, termasuk dalam bidang atau penggunaan aplikasi-aplikasi kecerdasan buatan (AI),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Hari Terbuka IPPTAR 2025 di Angkasapuri, di sini hari ini.

Tambah Fahmi, teknologi seperti AI bukan sahaja hangat diperkatakan pada masa kini, malah akan terus berkembang pesat dan bakal mencetuskan kaedah komunikasi baharu dalam masa terdekat.

Justeru, beliau percaya IPPTAR perlu berada di barisan hadapan dalam usaha memperkenalkan teknologi-teknologi baharu kepada pemain industri media.

“Kita belum tahu, hari ini kita bercakap tentang AI, tetapi dalam tempoh beberapa tahun lagi, mungkin akan muncul aplikasi-aplikasi terbaru yang lebih maju.

“Saya percaya IPPTAR mempunyai tanggungjawab untuk meneliti mekanisme terbaik dalam memanfaatkan dan mengaplikasikan pelbagai teknologi baharu dalam bidang penerangan dan penyiaran,” ujarnya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan