Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Azmin Ramlie bersama ahli pasukan D1 Racing Superbike GP Pro di Malaysia Speed Festival 2025 di Litar Antarabangsa Sepang, Ahad. Foto D1 Racing

D1 Racing julang nama Sarawak di radar permotoran nasional

KUCHING, 24 Jun: Pasukan D1 Racing mencatat pencapaian membanggakan apabila menamatkan perlumbaan dalam kelompok 10 terbaik pada pusingan ketiga kategori Superbike GP Pro dalam kejohanan Malaysia Speed Festival (MSF) 2025 yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang, pada Ahad lepas.

Selaku wakil tunggal dari Sarawak, pasukan itu berjaya mengatasi pelbagai kekangan termasuk cabaran kewangan dan sumber, sekali gus melepasi sasaran awal mereka.

MSF 2025 merupakan kejohanan permotoran peringkat kebangsaan anjuran Persatuan Permotoran Malaysia (MAM), yang menghimpunkan pelumba dan pasukan ternama dari seluruh negara serta rantau Asia.

Pengurus pasukan, Azmin Ramlie, berkata kejayaan ini membuktikan bahawa anak jati Sarawak mampu bersaing di pentas tinggi sekiranya diberi peluang dan sokongan sewajarnya.

“Kami amat berbangga kerana dapat membawa nama Sarawak ke pentas nasional dan kejayaan ini diharap dapat memberi inspirasi kepada generasi muda untuk menyertai sukan permotoran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, pelumba utama pasukan, Tobias Krebs berjaya menamatkan perlumbaan di tempat ketujuh daripada 16 peserta, walaupun terpaksa memulakan saingan dari petak terakhir selepas menghadapi masalah teknikal semasa pusingan kelayakan.

“Pencapaian ini hasil semangat juang tinggi dan kerjasama padu pasukan dalam mengatasi cabaran sepanjang kejohanan,” jelasnya.

Beliau turut memaklumkan bahawa pasukan aktif menjalankan pelbagai inisiatif untuk membina hubungan dengan peminat serta memupuk komuniti permotoran tempatan agar lebih berani menyertai perlumbaan kompetitif.

D1 Racing kini membuka peluang kepada penaja, khususnya dari Sarawak, untuk bersama-sama menyokong usaha memartabatkan sukan permotoran negeri di peringkat kebangsaan.

Pasukan ini dijadual kembali beraksi dalam pusingan seterusnya pada 30 Ogos depan, dengan sasaran untuk kekal dalam kelompok 10 terbaik serta memperbaiki pencapaian sedia ada. -TVS

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan

No data was found