Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) menggagalkan cubaan menyeludup keluar 3,500 liter diesel bersubsidi dianggarkan bernilai RM90,000 di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam, semalam. Foto Akps Bukit Kayu Hitam (FB)

AKPS rampas diesel bersubsidi bernilai RM90,000

ByBernama

ALOR SETAR, 24 Jun:  Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) menggagalkan cubaan menyeludup keluar 3,500 liter diesel bersubsidi dianggarkan bernilai RM90,000 di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam, semalam.

AKPS memaklumkan operasi kira-kira 8 pagi itu dilakukan bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebelum pemeriksaan lanjut dilakukan ke atas sebuah motolori jenis pole trailer yang berada dalam keadaan mencurigakan.

“Hasil pemeriksaan oleh pegawai bertugas telah menemukan satu tangki tambahan yang disembunyikan di bahagian bawah motolori tersebut, yang diisi dengan anggaran 3,500 liter minyak diesel.

“Modus operandinya ialah dengan mengubah suai sebuah motolori jenis pole trailer bagi tujuan mengaburi mata pihak berkuasa,” menurut AKPS dalam kenyataan hari ini.

Menurut AKPS, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 6 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana mengubah suai kenderaan dan Seksyen 64(1) APJ 1987 yang membenarkan motolori berkenaan disita untuk siasatan lanjut.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang cuba memperdaya agensi penguat kuasa bagi mengaut keuntungan menyalahi undang-undang,” katanya.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan