Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merakamkan ucapan takziah kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Datuk Openg atas pemergian isterinya, Allahyarhamah Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang. Foto TVS

Zahid Hamidi kenang Allahyarhamah Puan Sri Juma’ani sebagai tokoh wanita berjiwa penyayang

ByWilly Jali

KUALA LUMPUR, 23 Jun: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merakamkan ucapan takziah kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Datuk Openg atas pemergian isterinya, Allahyarhamah Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang awal pagi tadi.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau menyifatkan pemergian Allahyarhamah sebagai satu kehilangan besar dan mendalam bukan sahaja buat Premier Sarawak dan keluarga, tetapi juga kepada rakyat Sarawak yang amat menghargai jasa serta sumbangan Allahyarhamah dalam bidang kebajikan dan kemasyarakatan.

“Pemergian insan tercinta yang telah menjadi teman hidup setia, pendamping dalam suka dan duka serta penyokong utama dalam perjalanan kepimpinan Premier Sarawak pastinya satu kehilangan yang amat besar dan mendalam,” katanya.

Katanya, beliau mengenali Allahyarhamah sebagai seorang wanita yang lemah lembut, berbudi pekerti dan sentiasa dekat dengan kerja-kerja kebajikan terutamanya dalam memperkasa wanita dan komuniti di Sarawak.

“Kehilangan beliau bukan sahaja dirasai oleh keluarga terdekat, malah turut diratapi oleh seluruh rakyat Sarawak yang amat menghargai jasa dan sumbangan beliau selama ini,” ujarnya.

Timbalan Perdana Menteri itu turut memaklumkan bahawa beliau akan menziarahi keluarga Premier Sarawak pagi ini bagi menyampaikan ucapan takziah secara peribadi, mewakili Kerajaan Persekutuan serta seluruh warga Malaysia.

“Insya-Allah, saya mewakili Kerajaan Persekutuan untuk menziarahi keluarga Premier Sarawak pagi ini bagi menyampaikan ucapan takziah dan menyatakan solidariti serta doa seluruh warga Malaysia atas kehilangan yang amat dirasai ini,” katanya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan