Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dr Sharmila Mohamed Salleh berucap pada majlis Pelancaran Ruang Daya Cipta dan pemeteraian MoU antara Pustaka Negeri Sarawak dan Yayasan Inovasi Malaysia di Miri, hari ini. Foto TVS

Yayasan Inovasi Malaysia perkasa komuniti di Miri melalui Ruang Daya Cipta

ByTasha Jenkins Likan Anak Siti

MIRI, 23 Jun: Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) terus memperkukuh usaha pembangunan ekosistem inovasi akar umbi menerusi pelancaran Ruang Daya Cipta (RDC) di Pustaka Negeri Sarawak Miri yang disasarkan sebagai pusat kecemerlangan inovasi di wilayah utara Sarawak.

Ketua Pegawai Eksekutif YIM, Dr Sharmila Mohamed Salleh berkata, kolaborasi strategik bersama Pustaka Negeri Sarawak Miri sejak awal lagi memperlihatkan komitmen tinggi dalam mewujudkan ruang pembelajaran terbuka yang inklusif dan berasaskan teknologi.

“Kami sangat berbesar hati dengan kerjasama erat yang diberikan Pustaka Miri. Ia mencerminkan semangat sinergi antara agensi dalam memperkukuh ekosistem ilmu dan inovasi di Sarawak, khususnya di Miri,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis RDC dan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara Pustaka Negeri Sarawak dan YIM di Pustaka Negeri Sarawak Miri, hari ini.

Beliau menjelaskan, penubuhan RDC adalah sebahagian daripada dasar inovasi sosial negara yang memberi penekanan kepada pembudayaan dan pemerkasaan daya cipta di peringkat komuniti.

Antara kemudahan yang disediakan di RDC termasuk pencetak 3D, peralatan robotik, dron, studio digital serta ruang bengkel pembelajaran.

RDC berfungsi sebagai platform pembelajaran untuk pelajar, belia, usahawan kecil dan sederhana (IKS), wanita serta masyarakat luar bandar.

“RDC ini memberi ruang kepada komuniti untuk meningkatkan kemahiran digital dan daya saing dalam ekonomi masa hadapan,” katanya lagi.

Menurut beliau lagi, Miri dipilih sebagai lokasi RDC kerana kedudukannya yang strategik merangkumi kawasan bandar dan luar bandar serta infrastruktur internet yang mencukupi dan ini membolehkan pelaksanaan inisiatif inovasi merentas komuniti secara lebih efektif.

Beliau turut memaklumkan bahawa YIM akan meneroka peluang kerjasama baharu termasuk dengan komuniti di Limbang bagi mengenal pasti inovasi akar umbi tempatan dan potensi untuk dipadankan dengan penyelesaian universiti atau industri.

“Kita akan memetakan usaha sejajar dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), meneliti potensi inovasi organik dan memperbaiki ekosistem inovasi sedia ada,” ujarnya.

Selain pusat RDC, YIM turut menyediakan pelbagai saluran pembiayaan melalui program MyIS Komuniti, MyIS Akar Umbi dan MyIS Perintis yang direka khusus untuk pelajar dan komuniti dengan idea inovatif tahap awal. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan