Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Allahyarhamah Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang disifatkan sebagai tulang belakang kepada perjuangan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan seorang wanita yang menjadi contoh kepada semua.

Sokongan Allahyarhamah Juma’ani jadi kekuatan Premier Sarawak

ByFebbright James

KUCHING, 23 Jun: Allahyarhamah Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang disifatkan sebagai tulang belakang kepada perjuangan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan seorang wanita yang menjadi contoh kepada semua.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata, kenangannya bersama Allahyarhamah dalam satu penerbangan menjadi momen yang tidak dapat dilupakan apabila beliau berpeluang mendengar nasihat serta pandangan peribadi daripada Allahyarhamah.

Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali 

“Beliau berpesan agar kita terus menyokong perjuangan Premier Sarawak dan memastikan beliau dapat melaksanakan tanggungjawab dengan baik.

“Kejayaan Premier juga adalah hasil sokongan penuh Allahyarhamah. Pemergian beliau satu kehilangan besar dan tidak dapat diganti,” katanya.

Menurutnya, Allahyarhamah dikenali sebagai seorang yang baik hati, jujur, ikhlas serta mudah didekati, malah sentiasa berada di sisi suami dalam susah dan senang.

“Premier sendiri menyifatkan Allahyarhamah sebagai isteri yang setia dan taat. Ini satu teladan besar untuk seluruh wanita,” katanya ketika ditemui pada Majlis Penghormatan Terakhir di Masjid Jamek, Petra Jaya, hari ini.

Sharifah Hasidah turut menyifatkan Allahyarhamah sebagai wanita sederhana yang tidak gemar kepada glamor, namun banyak menyumbang kepada masyarakat.

Sementara itu, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Samariang, Dato Sri Sharifah Mordiah Tuanku Fauzi berkata, pemergian Allahyarhamah satu kehilangan besar kepada Sarawak, khususnya golongan wanita.

“Beliau seorang pemimpin wanita berjiwa rakyat, rendah diri dan prihatin. Beliau rajin turun padang dan sentiasa mengambil berat kebajikan orang sekeliling.

“Sebagai isteri kepada Premier Sarawak, beliau aktif dalam pertubuhan, sering memberi pandangan membina kepada NGO dan dikenali dengan sifat pemurahnya,” katanya.

Allahyarhamah menghembuskan nafas terakhir di Pusat Pakar Perubatan Normah pada awal pagi Isnin dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Samariang.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan