Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Julaihi Narawi berucap pada 'Regional Partnerships – Tapping Southeast Asia’s Water Market' di Singapura, hari ini. Foto MUT

Sarawak teroka peluang kerjasama serantau urus sumber air secara mampan

BySaibi Gi

KUCHING, 23 Jun: Sarawak menyatakan komitmen tinggi untuk meneroka kerjasama serantau berkaitan pengurusan air secara mampan, sejajar usaha memastikan keterjaminan bekalan air serta menangani cabaran perubahan iklim di rantau ini.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi berkata isu berkaitan air seperti kekurangan bekalan, pencemaran dan cuaca ekstrem tidak mengenal sempadan negara dan hanya mampu ditangani menerusi tanggungjawab kolektif serta kolaborasi merentas negara.

“Pengurusan sumber air yang mampan perlu digembleng secara bersama, bukan sahaja di peringkat domestik tetapi juga serantau dan global, demi kelangsungan masa depan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Regional Partnerships – Tapping Southeast Asia’s Water Market bertemakan Regional Synergy in Tackling Shared Water Challenges: Sarawak’s Vision on Water Supply and Potential Collaborations di Singapura, hari ini.

Beliau berkata, Sarawak berada dalam kedudukan strategik kerana kebanyakan sumber airnya terkawal dalam sempadan negeri, namun tetap terdedah kepada kesan perubahan iklim global yang mengganggu pola hujan dan ketersediaan air.

“Kerjasama serantau amat penting termasuk dalam aspek perkongsian kepakaran, penyelidikan bersama, pelaburan swasta, pengurusan bersepadu dan pemindahan teknologi,” jelasnya.

Sarawak juga aktif menganjur dan menyertai platform antarabangsa berkaitan air termasuk Kongres dan Pameran Persatuan Air Antarabangsa (IWA) serta menjalin kerjasama penyelidikan dengan institusi luar seperti Water Institute, Universiti Waterloo, Kanada.

“Kita tidak mahu air sekadar dilihat sebagai keperluan asas, sebaliknya sebagai pemangkin kepada keamanan, kemakmuran dan kemajuan bersama,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan