Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebuah rumah dua tingkat dan tiga kenderaan musnah dalam kebakaran di Kampung Poring, Ranau, awal pagi Isnin. Foto JBPM

Rumah dua tingkat, tiga kenderaan musnah dalam kebakaran di Ranau

RANAU, 23 Jun: Sebuah rumah dua tingkat dan tiga kenderaan musnah dalam kebakaran awal pagi tadi di Kampung Poring, Jalan Hot Spring di sini, awal pagi tadi.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 1.20 pagi itu.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan I Becket Gumat berkata sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau digerakkan ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan.

“Setibanya pasukan bomba pada jam 1.43 pagi, didapati sebuah rumah telah terbakar sepenuhnya bersama tiga kenderaan,” katanya dalam kenyataan.

Kenderaan yang terlibat ialah sebuah Proton Exora dan Suzuki Jeep yang hangus 100 peratus, manakala sebuah Perodua Kancil terbakar hampir 80 peratus.

Pasukan bomba menggunakan satu aliran dan dua pancutan sepanjang 200 kaki dengan sumber air dari tangki jentera bagi mengawal kebakaran yang berjaya dipadam sepenuhnya pada jam 3.30 pagi.

Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan