Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Syarikat pakaian sukan tempatan PUC Sport menjalin kerjasama strategik bagi mengukuhkan jenama dalam arena bola sepak menerusi penajaan dua pasukan iaitu Wan Tendong Stable (WTS FC) dan kelab dari Thailand Nara United. Foto PUC Sport MY

PUC Sport jalin kerjasama perluas jenama, taja WTS FC dan Nara United

ByBernama

KOTA BHARU, 23 Jun: Syarikat pakaian sukan tempatan PUC Sport menjalin kerjasama strategik bagi mengukuhkan jenama dalam arena bola sepak menerusi penajaan dua pasukan iaitu Wan Tendong Stable (WTS FC) dan kelab dari Thailand Nara United.

Ketua Pegawai Eksekutif PUC Sport Mohd Shukry Pauzi berkata Nara United yang berpangkalan di Narathiwat dipilih kerana kekuatan dan keunikan sokongan peminat mereka yang sentiasa membanjiri stadium setiap kali perlawanan berlangsung.

“Penajaan fasa pertama bernilai dua juta baht (lebih RM200,000) dimeterai menerusi kerjasama PUC Sport Thailand, sebuah syarikat usaha sama antara PUC Sport dan rakan kongsi dari Thailand.

“Keseluruhan nilai tajaan termasuk barangan dijangka mencecah hampir lima juta baht (lebih RM600,000), merangkumi sokongan pemasaran dan pembangunan cawangan,” katanya kepada pemberita pada Majlis Perluasan Empayar PUC Sport Thailand di sini malam tadi.

Majlis turut menyaksikan penyerahan dokumen memorandum persefahaman (MoU) antara Presiden Kelantan WTS FC Wan Muhd Ridhuan Wan Abdullah dan Pengurus Nara United Abdulroman Benhumsee.

Mohd Shukry berkata pihaknya merancang membuka 10 hingga 20 cawangan baharu di selatan Thailand dalam tempoh lima tahun akan datang bagi memperkukuh jenama itu di rantau berkenaan.

Sementara itu, beliau berkata penajaan bernilai RM100,000 kepada WTS FC akan membantu pasukan itu bergerak lebih aktif dalam saingan Liga A1, khususnya dari segi logistik dan penyediaan barangan sukan.

“Inisiatif ini mencerminkan komitmen kami dalam menyokong pembangunan pasukan tempatan ke tahap lebih tinggi, termasuk aspek pengurusan dan promosi jenama,” katanya.

Pada majlis sama, PUC Sport turut melancarkan jersi edisi khas yang diinspirasikan daripada era kegemilangan Kelantan FA antara tahun 2009 hingga 2015. Jersi itu ditandatangani oleh 18 legenda bola sepak Kelantan dan dijadikan produk koleksi istimewa.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan