Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Suspek yang melarikan diri dari tahanan yang sah di sisi undan-undang dari Balai Polis Sentral berjaya ditangkap semula jam 12.26 tengah malam tadi di Jalan Terap, Sibu. Foto IPD Sibu

Polis Sibu sahkan tahanan lolos daripada jagaan sah pihak berkuasa berjaya ditangkap semula

BySafri Ali

SIBU, 23 Jun: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu mengesahkan penangkapan semula suspek yang  melarikan diri dari tahanan yang sah di sisi undang-undang dari Balai Polis Sentral pada jam 4 petang Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili berkata, tangkapan suspek lelaki warganegara Indonesia dikenali Buni berusia 25 tahun dilakukan susulan daripada maklumat orang awam.

“Tangkapan telah dibuat ke atas suspek pada jam 12.26 tengah malam tadi bertempat di Jalan Terap, Sibu. Semasa tangkapan dibuat suspek masih bergari dan berpakaian lokap,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, permohonan reman terhadap suspek dibuat pada hari ini, kes disiasat di bawah Seksyen 223/224 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali.

Sehubungan dengan itu, pihak polis menzahirkan ucapan terima kasih di atas kerjasama orang awam sehingga suspek berjaya ditangkap.

Pihak polis juga menasihati orang awam supaya tidak membuat sebarang spekulasi berkenaan kejadian ini.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan