Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pemergian Allahyarhamah Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang bukan sahaja dirasai oleh keluarga terdekat, malah turut menyentuh hati seluruh rakyat Sarawak, termasuk kalangan pengamal media yang pernah mendekatinya.

Pemergian Puan Sri Juma’ani tinggalkan kenangan mendalam buat pengamal media

ByAdlina Rahman

KUCHING, 23 Jun: Pemergian Allahyarhamah Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang bukan sahaja dirasai oleh keluarga terdekat, malah turut menyentuh hati seluruh rakyat Sarawak, termasuk dalam kalangan pengamal media yang pernah mendekatinya.

Bagi wartawan tempatan, Rohana Wahed, khabar duka itu mengundang kesedihan mendalam, apatah lagi beliau pernah berpeluang menemu bual Allahyarhamah secara eksklusif pada 2018.

“Saat menerima berita pemergian beliau daripada seorang sahabat, saya berasa amat sedih seperti rakyat Sarawak yang lain. Kita kehilangan susuk wanita yang memegang kunci hati dan kasih lelaki terpenting di negeri ini,” katanya ketika dihubungi TVS, hari ini.

Mengimbas kenangan temu bual khas di kediaman Allahyarhamah, Rohana berkata apa yang paling terkesan di hatinya bukanlah kandungan wawancara, tetapi sambutan mesra dan penuh keikhlasan yang diterima.

“Beliau bukan sahaja melayan saya dengan ramah, malah turut menghidangkan pelbagai juadah. Suasana pertemuan itu sangat mesra,” katanya.

Menurut Rohana, Allahyarhamah turut berkongsi kisah peribadi, termasuk kegemaran Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dalam soal makanan, serta bercerita tentang anak-anak dan cucu-cucunya.

“Beliau juga sempat berkongsi kisah hidupnya sewaktu muda, termasuk bagaimana jodohnya dengan Premier Sarawak terbina. Sifat ramah dan tenangnya menjadikan sesi temu bual itu sangat santai dan istimewa.”

Rohana menyifatkan Allahyarhamah sebagai seorang wanita yang bersahaja, berjiwa lembut dan sangat menekankan nilai kekeluargaan yang jelas terpancar dalam setiap tutur kata serta gerak-gerinya.

“Saya mendoakan agar keluarga Premier Sarawak diberi ketabahan menghadapi saat duka ini. Saya percaya seluruh rakyat Sarawak turut berkongsi rasa kehilangan yang sama,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan